Kini banyak pihak yang menawarkan perkhidmatan butik serta fesyen untuk pengantin. Kesemuanya pasti menghidangkan pelbagai koleksi menarik
dan terbaik mereka kepada para mempelai yang inginkan majlis perkahwinan yang
indah dan gemilang.
Yang paling
menariknya adalah anda mampu berjimat tetapi masih mampu menggayakan busana
perkahwinan yang berkualiti dan mahal. Ini kerana terdapat banyak khidmat sewaan
pakaian pengantin pelbagai fesyen pengantin dari merata-rata butik pengantin di
tempat anda. Anda beruntung kerana tidak perlu membelinya kerana jika tidak
pasti anda terpaksa membelanjakan kos yang mahal hanya untuk persediaan baju
pernikahan. Juga, dari aspek fesyen dan gaya pula kini banyak yang boleh
disesuaikan dengan trend semasa serta konsep yang anda inginkan.
Contoh Pelbagai Pakaian Pengantin
(Gambar koleksi Butik Pengantin RS)
Sebelum anda membeli eloklah anda mencuba dan melihat sendiri baju pengantin bagaimanakah yang sesuai digayakan pada hari perkahwinan anda nanti. Terdapat banyak butik pengantin di seluruh negara dimana anda dapat mencuba sendiri koleksi menarik pakaian pengantin mereka.

Contoh salah satu butik pengantin terkenal di Johor
(Butik Pengantin Twin Collection)
Patikan anda
sentiasa bijak memilih dan bijak menyesuaikan busana yang anda pilih dengan
konsep persandingan yang anda rancang. Contohnya, adakah ia sesuai dengan konsep
perkahwinan yang anda inginkan jika misalnya anda merancang untuk meraikan
perkahwinan ala tradisional melayu /cara melayu sudah pastinya pakaian ala barat
seperti tuxedo dan lainnya tidak sesuai sekali untuk dipakai di hari tersebut .

Contoh Pakaian Bertuxedo
(Gambar koleksi Difi
Beauty)
Jika anda seorang
mementingkan agama & adat berpakaian cara Islam pula , sudah tentunya
pakaian pengantin perempuan bertudung adalah paling sesuai untuk menjadi
pilihan.
Contoh fesyen bertudung
(Gambar koleksi Anjung
Amie)
Berikut adalah antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan
butik pengantin di Malaysia: