Jika disebut hiburan, tidak kira ia datang dari apa jua bentuk, ia pastinya amat dekat dengan hati kita. Justeru itu di kebanyakan majlis perkahwinan, hiburan serta bunyi-bunyian seperti permainan kompang dan marhaban sering dijadikan alat untuk menambah keceriaan majlis, di samping untuk mengiringi majlis persandingan pengantin baru.
 

Pasukan Kompang Ezhar Zon Kuala Lumpur
 

Kebiasaannya sesebuah pasukan atau kumpulan kompang memiliki kira-kira 5 - 10 orang ahli. Di dalam pasukan kompang masing-masing memainkan peranan yang penting dan memerlukan kecekapan agar tidak pincang. Bagi mereka yang ingin mengundang pasukan kompang ke majlis perkahwinan, mereka akan dikenakan sedikit bayaran seperti yang diminta. Lazimnya, harga sesebuah undangan untuk persembahan adalah tidak terlalu mahal dan ia bergantung pada jarak, lokasi, tempoh persembahan, tarikh serta masa. Makan dan minum pula akan disediakan oleh pihak penganjur.
 

Pasukan hiburan dari ARS Entertainment

 

Contoh Silat Pengantin Macan Pasrah
 
Selain daripada hiburan tradisi seperti kompang, kadangkala persembahan berbentuk lain seperti nyanyian daripada penyanyi jemputan atau pasukan muzik juga sering menjadi pilihan. Ada juga yang memainkan lagu terus dari cd dan kaset bagi mengisi majlis mereka.
 
Antara contoh yang disediakan dalam pakej hiburan adalah seperti sistem suara, mikrofon, deejay, karaoke, minus one, lampu, juru kamera video dan sebagainya.
 

 

Contoh Kompang di salah satu majlis perkahwinan

 

Contoh Pakej Hiburan:

(Pakej dari burned audio)

 

1 MIXER

2 SPEAKER (FULL RANGE)

2 CORDLESS MIC

1 MIC EMCEE

EMCEE

KARAOKE SESSION

1 TV

LAGU2 TERKINI SEPERTI :

KETULUSAN HATI = ANUAR ZAIN

SERIBU TAHUN = IMRAN AJMAIN

ADA CINTA = ACHA FEAT IRWANSYAH

MAHAKARYA CINTA = FAIZAL TAHIR

DAN BANYAK LAGI

 

Bayaran:

RM 500 - dari 10.30 pagi sampai 4.00 ptg ( pagi - petang)

RM 800 - dari 10.00 pagi sampai 11.30 malam ( pagi - malam)

 

 

Walau apapun pilihan, ternyata hiburan adalah elemen yang perlu ada bagi suatu majlis perkahwinan agar ia nampak lebih ceria dan mempersonakan serta sebagai mengalu-alukan tetamu yang hadir sepanjang majlis.

 

Berikut adalah beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan kompang dan hiburan di Malaysia:

 

Sila klik untuk melihat senarai penuh syarikat



Anda bakal berkahwin?
Sertai Newsletter kami untuk dapatkan pakej dan promosi terkini
Sertai Kami