Perkahwinan
adalah peristiwa terpenting dan teristimewa dalam kehidupan kita. Jadikan ia
tampak lebih sempurna dan menarik dengan menggunakan kad undangan perkahwinan
yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang berpadanan dengan trend terkini.
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan mereka bentuk dan mencetak
kad undangan perkahwinan.
Pelbagai koleksi
kad kahwin yang beraneka klasifikasi, jenis yang unik dan eksklusif untuk
majlis sederhana dan majlis prestij yang mampu anda pilih.

Contoh kad kahwin untuk vip
(Gambar koleksi kanda dinda wedding cards)
Contoh Kad Kahwin ekonomi yang lebih murah bagi mereka yang kurang berkemampuan
(Gambar koleksi kanda dinda wedding cards)
Terdapat pelbagai lagi bentuk
klasifikasi lain dan jenis kad kahwin yang menarik telah siap sedia untuk
anda.

Contoh kad kahwin berbentuk notebook
(Gambar koleksi JinjangPelamin.com)
Dari segi kosnya ia
adalah mengikut klasifikasi, rekabentuk serta design sesebuah kad. Ia adalah
berbeza dan akan dicaj mengikut jumlah kad yang ditempah. Kos sekeping adalah
antara RM 0.10 sehingga RM 5 sekeping atau lebih.
Perlukah anda
membuat tempahan awal untuk kad kahwin. Ya, pastinya ia perlu. Akan tetapi
bilakah waktunya yang paling sesuai untuk membuat tempahan kad perkahwinan?
Anda seelok-eloknya menempah kira kira 2-3 bulan lebih awal sebelum
tarikh perkahwinan, kerana semestinya kad tersebut perlu dipos atau dikirim kepada penerima dan proses
tersebut sedikit sebanyak akan mengambil masa.
Cuba elakkan dari menempah di saat-saat akhir kerana ia
mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Ini juga bagi mengelakkan
kelewatan untuk menyiapkan kad tempahan anda pada waktu yang diperlukan dan
menyebabkan kad anda tidak dapat diedarkan dengan sempurna.