Dahulunya apabila tiba masa untuk kenduri kahwin, orang kampung sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Tanpa disuruh dan diminta masing-masing akan datang membantu untuk bersama-sama bergotong-royong menyiapkan hidangan untuk tetamu-tetamu yang bakal hadir.
 

Namun kini, budaya ini sudah kian menghilang terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di kota. Realitinya, amalan ini bukanlah sengaja ditinggalkan tetapi dek kerana kesibukan waktu kerja dan pelbagai permasalahan lain di kota menyebabkan ia agak sukar untuk diamalkan.
 

Justeru bila tiba waktu untuk kenduri kahwin, maka khidmat servis sewa katering untuk perkahwinan adalah yang paling diharapkan oleh mereka terutamanya warga kota dan sebahagian warga desa/ kampung yang memerlukan.

 

Syarikat katering diperlukan untuk melengkapi keperluan makanan dan hidangan untuk apa sahaja bentuk majlis rasmi mahupun tidak rasmi. Biasanya servis katering disediakan untuk pelbagai majlis atau upacara, antaranya seperti majlis kahwin, majlis pertunangan, majlis doa selamat, tahlil, Hari Raya dan pelbagai lagi. Khidmat katering semakin hari semakin popular dan bertambah, dari daerah ke daerah, negeri ke negeri malah banyak yang telah mengembangkan perkhidmatan mereka diperingkat antarabangsa.
 

Servis katering kini semakin diminati kerana kemampuan mereka dalam menyajikan sajian yang unik dan menarik, menu makanan pelbagai bentuk mengikut citarasa, hidangan ala tradisional melayu, india, cina, thailand (siam), arab dan lain-lain.
 

Selain daripada penyedian makanan dan hidangan, lazimnya mereka juga akan menyediakan kelengkapan tambahan seperti khidmat sewaan peralatan termasuk set kerusi, meja, banquet, hiasan kanopi, hiasan meja pengantin, meja vip, pintu gerbang, tiang bunga, red carpet, set pelamin, set memasak dan hidangan buffet.
 

Contoh khidmat katering bersama pelayan

(Gambar koleksi Serisaji Catering)

 

Contoh Pakej Katering :
(Pakej Kayu Manis Katering)


PAKEJ EKONOMI (RM8.50 per pax)

 

Nasi Briyani Basmathi
Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Rendang Daging
Dalca Sayur
Jelatah
Papadam
Buah
Air Kordial
Air Mineral
Set Hidangan Pengantin
Set Peralatan Pengantin
Percuma Kek Perkahwinan 3 tingkat

 

PAKEJ DEWAN (RM12.00 per pax)

 

Nasi Briyani Basmathi & Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Rendang Daging
Dalca Kambing
Jelatah, Papadam
Buah
Air Kordial
Air Mineral
Set Hidangan Pengantin
Set Peralatan Pengantin
Set Meja Pengantin (10 orang)
2 Meja Tetamu VIP (Serving Dome)
20 set Kerusi Banquet Bersarung
26 Meja Tetamu (meja bulat)
260 kerusi plastik
2 set meja Buffet
10 orang pelayan berseragam
Carpet Merah
Pintu Gerbang
* Percuma
Kek perkahwinan 3 tingkat
Pencuci Mulut – agar-agar/bubur kacang

*Tambahan RM2.00 per pax untuk Kerusi
bersarung

 

Contoh hiasan meja dan kek perkahwinan

(Gambar koleksi Kayu Manis Catering)

 

Kadangkala ada syarikat yang akan menetapkan beberapa syarat untuk perkhidmatan mereka seperti:-
Meletakkan minimum order untuk setiap tempahan contohnya *500 orang(perkahwinan) *200orang(pertunangan)

Mensyaratkan deposit untuk mengesahkan tempahan - contoh 10%, bergantung kepada kawasan operasi di mana servis mereka dijalankan.

 

Berikut adalah antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering/ kanopi mengikut negeri:

 

KL & SELANGOR

 

AIMYS CATERING & EVENT
Alamat   : L-41, Tmn Dato' Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor
Tel          : 03-42517182      
Email     : n_aina81@yahoo.com
 

KAYU MANIS CATERING
Alamat   : No. 24, Jalan 2, Taman Sri Jelok, 43000 Kajang, Selangor

Tel          : 012-9400746
Email     : kayu_maniscat@yahoo.com.my 

 

MIZAN CANOPY & CATERING
Alamat   : Lot355, Jalan Merbok 11 bt 10, Jalan Cheras 43000 Kajang,Selangor
Tel          : 013-2612438
Email     : mizan_catering@yahoo.com 

 

RZ CATERING SERVICES
Alamat   : No.7, Jalan Sutera 2 / 1B, Taman Sutera Section 2, 43000 Kajang, Selangor
Tel          : 03 - 6188 6651 / 016 - 699 1575

Fax         : 03 - 6188 7651

Website : www.rzcatering.com  

 

SERISAJI CATERING
Alamat   : No. 69G Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur
Tel          : 03-4107-8590, 013-342 8853 (Puan Nas)

Fax         : 03-4107 9602

Website : http://www.serisaji.com
Email     : sales@serisaji.com

 

YAPAF CATERING & RESTAURANT
Alamat   : No. 6-2, Jalan 2/23A, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300

                  Kuala Lumpur

Tel          : 03 -4149 2207, 03 -4149 3488, 016-2016648

Fax         : 03-41491794

Website : www.yapaf.com.my      
Email     : info@yapaf.com.my