
Contoh Kursus Kahwin di Pusat Kursus Perkahwinan Pusat Bandar Damansara
PANEL PENCERAMAH KURSUS PERKAHWINAN
Lazimnya Para Panel Penceramah bagi kursus Perkahwinan adalah terdiri dari pakar-pakar kaunseling & motivasi dari Jabatan Agama Negeri masing-masing yang telah ditauliahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Contoh kursus pra-perkahwinan putrajaya Al Shahir Management
Contoh pakej dalam kursus kahwin :
PUSAT BIMBINGAN SRI PERMAISURI
Berkenaan dengan hari serta tempoh kursus ini dijalankan , ia bergantung kepada peserta dan juga keberadaan penganjur. Namun biasanya, ia akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu secara berturut-turut. Modul khas akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk setiap kursus.
Setelah selesai menjalani Kursus, Sijil Kursus Perkahwinan akan dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Sijil ini hanya akan dikeluarkan setelah borang kehadiran ( 4 kali kehadiran ) peserta dihantar kepada Majlis Agama. Majlis Agama akan mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10 hari untuk menyiapkan sijil-sijil tersebut. Peserta Kursus Perkahwinan atau wakil peserta yang layak menerima sijil boleh mengambil dari pejabat pentadbiran setelah menandatangani Borang Pengambilan Sijil.
Contoh Modul & Nota Kursus perkahwinan:
HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY
HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY menggunakan Modul Bersepadu
Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI versi 2002) yang lebih kemas dan memenuhi
keperluan masyarakat Islam di alaf baru yang lebih mancabar. Modul baru ini
menggantikan MBKPI 1996 di mana versi baru ini memberi penekanan kepada aspek
ilmu dan amal supaya dapat melahirkan satu generasi umat Islam yang beriman dan
berakhlak mulia. Versi baru ini lebih lengkap dan komprehensif di mana ia
mengandungi kupasan yang terperinci bukan sahaja di dalam aspek hukum-hakam
bahkan juga turut menyentuh aspek-aspek komunikasi, pengurusan, undang-undang,
kesihatan, psikologi dan sosiologi. Dengan cara ini MBKPI bukan sahaja sekadar
menyediakan pengetahuan asas kekeluargaan untuk mereka yang akan berkahwin
bahkan dapat menangani pelbagai permasalahan kekeluargaan dan sosial yang
melanda umat Islam pada masa kini.
Berikut adalah antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan kursus kahwin di Malaysia: