Kepada anda yang bakal bergelar raja sehari pasti menginginkan hari bahagia yang bakal berlangsung agar menjadi detik yang paling ceria dan paling manis dalam hidup anda. Justeru, persediaan untuk majlis perkahwinan anda perlu diatur dan dirancang dengan sebaik-baiknya agar ia berlangsung dengan jayanya.

 

Tempahan Pakej Perkahwinan dan sebagainya atau seringkali disebut juga sebagai "weddingplanner" kini menjadi pilihan amat popular di mana sahaja di setiap upacara perkahwinan yang bakal berlangsung. Ia bertujuan membantu setiap bakal pengantin dalam merancang dan menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan keperluan untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej perkahwinan. Jenis pakej adalah bergantung kepada syarikat.

 

Namun demikian, untuk memilih pakej perkahwinan yang terbaik setiap bakal pengantin perlu bijak dalam menilai apa sahaja pakej yang ingin dipilih. Bagaimana untuk memilih dan apa yang hendak dipilih? Baiklah, secara mudahnya anda boleh mencuba untuk membuat beberapa perbandingan di antara sebilangan pakej perkahwinan yang ada ditawarkan di pasaran. Untuk membuat pilihan apa yang perlu dipastikan dan dititik beratkan adalah kualiti serta kos yang berpatutan.

 

Jika disebut soal kualiti maka ia juga seringkali berkait rapat dengan kos serta kuantiti dalam pakej yang ditawarkan. Adakah anda akan membayar lebih untuk mendapatkan sesuatu pakej perkahwinan yang kurang kualiti berbanding dengan pakej lengkap yang lebih berkualiti ?

 

Cuba anda lihat pada pakaian pengantin dan kelengkapan dan hiasan lainnya seperti aksesori, busana samada tradisional atau moden, bilik tidur pengantin, persandingan/ pelamin, gubahan hantaran/ bungatelur, hidangan untuk pengantin/ makanan, susun atur, khidmat fotografi dan sebagainya. Adakah ia mempunyai kualiti seperti yang anda harapkan ?

 

Apa pilihan anda ? ...

 

Sebagai contoh, anda diberikan 2 pilihan untuk memilih pakej perkahwinan, kesemuanya menawarkan pakej dengan harga yang sama seperti berikut :

Baju Pengantin, Solekan & Andaman, Set Bersanding & Jurugambar. Bagaimana untuk membuat pilihan terbaik dan bijak? Untuk itu ,anda amat dinasihatkan supaya meneliti setiap pakej yang ditawarkan dan membuat perbandingan bagi mendapakan khidmat yang terbaik.

Apa yang anda perlukan adalah hanya sedikit penelitian terhadap kandungan perkhidmatan yang terkandung di dalam pakej. Contohnya, lebih baik memilih set baju pengantin yang baru dari set lama, lusuh dan rosak. Untuk khidmat solekan dan andaman, pakej yang menyediakan mak andam yang lebih berpengalaman dan bersesuaian dengan keinginan anda haruslah menjadi pilihan .

 

Contoh pelamin yang menarik
(Gambar koleksi Orked bridal house)

 

Bagi set bersanding pula, pastikan anda memilih set yang mempunyai peralatan yang paling lengkap dan menarik. Begitu juga dengan jurufoto, buat sedikit survey terhadap jurufoto yang bakal anda pilih dan pastikan mereka berpengalaman dan professional atau anda akan kehilangan peluang merakamkan detik-detik bahagia &  bersejarah dihari persandingan nanti.

 

Contoh gubahan hantaran menarik
(Gambar koleksi Bina Kaseh Bridal Boutique)
 

Kebiasaannya kebanyakan syarikat menyediakan pakej yang lengkap dan justeru sekiranya anda tidak mempunyai masalah berkenaan bajet, anda adalah disyorkan untuk memilih pakej perkahwinan yang lebih lengkap, ia lebih mudah, menjimatkan masa malah sebenarnya ia lebih menjimakan wang.

Misalnya, daripada memilih pakej perkahwinan yang hanya menawarkan 4 kandungan pakej seperti Baju Pengantin, Solekan & Andaman, Set Bersanding & Jurugambar bukankah lebih baik jika anda memilih pakej yang lebih lengkap malah lebih memudahkan urusan anda. Contohnya, pakej yang menawarkan servis tambahan seperti pembuatan kad kahwin, katering, khemah/kanopi, jurugambar & video serta tempahan dewan, kursus perkahwinan, pemeriksaan perubatan, perlindungan insuran, perkhidmatan perancang perkahwinan dan sebagainya.

Namun, sekiranya anda kekurangan bajet dan cuba berjimat dengan memilih kombinasi syarikat yang menawarkan perkhidmatan termurah, ataupun anda sudah mempunyai perkhidmatan pilihan anda sendiri (contohnya anda ingin menggunakan mak andam pilihan anda) cuba berbincang dengan syarikat terbabit agar dapat mengecilkan saiz pakej mengikut pilihan anda untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

 

Contoh pakej perkahwinan :

E-QASIH ANDAMAN

 

Pakej Perkahwinan 1 (Sri Mersing)

RM 3500/++


1x pakaian bersanding(songket@ lace)
3x persalinan(wanita sahaja)
Hiasan meja makan beradab
Hiasan bilik tidur+cadar
Pelamin+set berinai
Pintu gerbang
Aksesori+kasut
Solekan&tatarias
Pakej fotografi (nikah+sanding+berinai@persalinan)
Bunga tangan (fresh flowers)-free gift

 

 

Pakej Perkahwinan (Outdoor)

Pakej Seri Tanjung

RM3500/++

 

Pelamin & dekorasi
Meja makan beradab
2 pintu gerbang
2 pasang tiang bunga
1 x make up
1 pasang baju lace/songket
Aksesori & kasut


Walau apapun, tidak kira apa sahaja pakej yang akan anda pilih, rancanglah terlebih dahulu perkahwinan anda sebaik-baiknya, sentiasa kawal perbelanjaan dan tetapkan bajet anda, jika tidak anda pasti dianggap boros dan tidak bijak berbelanja.

 

Ya, tidak ada salahnya jika anda ingin berbelanja lebih kerana bak kata orang ia hanya berlangsung sekali seumur hidup, tetapi ingat anda perlu sentiasa bijak memilih dan merancang kerana untuk melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga memerlukan kesemua aspek ini.

 

Kami sentiasa doakan kesejahteraan kesemua bakal pengantin, mudah-mudahan anda berbahagia selamanya.

 

Berikut adalah antara syarikat yang menawarkan khidmat pakej perkahwinan:

 
KL & SELANGOR

 

No. 35, Jalan Tukang, 43000 Kajang, Selangor
019-3633260
Sedia menerima tempahan baju lelaki & perempuan. Sewaan pelamin & pakej lengkap perkahwinan.
ANDAMAN ADREEN
Alamat   : No. 595A, Jln. Samudra Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves,Selangor
Tel          : 016-2179890
Website : http://andamanadreen.fotopages.com       
Email     : andamanadreen@gmail.com  
 
CACTUS BRIDAL HOUSE
Alamat   : Tmn Aman Putra, Jln Aman Putra, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur
Tel          : 012-296 7297(Izza Cactus)
Website : http://cactustajam.blogspot.com       
Email     : izzacactus@cactusbridalhouse.com  

 

DJARIARTZ
Alamat   : No 17, Jln Pinggiran Saujana2, Tmn Pinggiran Saujana, 43000 Kajang, Selangor.
Tel          : 016-905 8532 (Cida) / 016-232 8532 (Sham)
Website : http://djariartz.fotopages.com         

Email     : djariartz@yahoo.com 

 

D'SUN IMPIAN
Alamat   : 68-02-01, Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi, 41200, Klang, Selangor
Tel          : 012-2198189 / 012-2236239
Website : http://dsunimpian.fotopages.com       
Email     : dsunimpian@yahoo.com

 

ISHA BOUTIQUE BEAUTY & BRIDAL HOUSE
Alamat   : H-28-GB, Jalan Prima Saujana 2/D, Seksyen 2, Taman Prima Saujana,43000 Kajang,

                  Selangor

Tel          : 03-87335461 / 019-2846546 / 019-3619236
Website : http://isha3b.fotopages.com       
Email     : isha_3b@yahoo.com
 
KOLEKSI PENGANTIN ASMAHARIS
Alamat   : D-3-31, Pangsapuri Permai, PJU 3, Jln Tropicana Selatan, 47301 Petaling Jaya,

                  Selangor Darul Ehsan

Tel          : 017-2048122
Email     : asmaliza79@yahoo.com

 

MERAH COLLECTION
Alamat   : No 18,Jalan Shahbandar 23/5,Bandar Mahkota Cheras,Batu 9, 43200 Cheras,

                 Selangor

Tel          : 013-3217232 (Azhar) / 019-3199768 (Hafiz)
Website : http://merahcollection.fotopages.com       
Email     : merahcollection@yahoo.com 

 

MH CATERING
Alamat   : No 29 Jalan Prima Saujana 2/3A, Prima Saujana seksyen 2, Kajang, Selangor
Tel          : 013-3463316 / 013-3996815
Website : http://mh-catering.blogspot.com        
Email     : mhcatering@gmail.com

 

MY QUEST RESOURCES
Alamat   : Rawang, Selangor

Tel          : 017-2373029

Website : www.majlisku.com , http://majlisku.fotopages.com

Email     : majlisku@gmail.com

 

OMBAK BRIDAL
Alamat   : No. 27-1, Jalan 46A / 26, Taman Sri Rampai, 53300 Setapak, Kuala Lumpur
Tel          : 03-4149 2333 / 012-6291 444 (Shida Omar)
Website : http://ombakbridal.fotopages.com         
Email     : ombakbridal@yahoo.com.my 

 

ORKED BRIDAL HOUSE
Alamat   : 150 Jalan 18/19, Taman Seri Serdang, Selangor

Tel          : 03-8942 2772
Website : http://www.orkedbridal.com     
Email     : azmy@orkedbridal.com

 

RNF BEAUTY BOUTIQUE
Alamat   : No. 34, Jalan Cemara 8, Saujana Utama 1, 47000 Sg Buloh, Selangor
Tel          : 012-6902430
Email     : rnfcollection@yahoo.com

 

SHE-KEEN'S BRIDAL HOUSE
Alamat   : 2748A Jalan Changkat Permata,Taman Permata,53300 Kuala Lumpur (Depan Giant)
Tel          : 013-321 6030
Email     : nurulasyikin_mzawawi@yahoo.com

 

YAPAF CATERING & RESTAURANT
Alamat   : No. 6-2, Jalan 2/23A, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300

                  Kuala Lumpur

Tel          : 03 -4149 2207, 03 -4149 3488, 016-2016648

Fax         : 03-41491794

Website : www.yapaf.com.my      
Email     : info@yapaf.com.my

 

ZU SERI PENGANTIN
Alamat   : Venue-22A, Jln SG 1/2, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Tel          : 03-61879890 / 013-3323008 (Pn. Zuraidah Afrifin)
Website : http://www.zuseripengantin.com      
Email     : zuseri@yahoo.com


JOHOR

 

SHA ZZ ENTERPRISE
Alamat   : 43 Jalan Perwira 16, Tmn Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor Bahru

Tel          : 07-5589963 / 017-7733417

Website : http://members.tripod.com/perkahwinan     
Email     : shafinaz_my26@yahoo.com   

 

WATIE HUSAIN
Alamat   : Blok G2-12, Kuaters ILP Muar, Institut Latihan Perindustrian Muar, KM 43, Jln

                  Segamat, Sagil, Tangkak, Muar

Tel          : 06-9772081, 019-6145512
Email     : k.wati@yahoo.com.my  

 

KEDAH

 

SHARIFAH ZAHURA ENTERPRISE

Alamat   : 70, Persiaran Mutiara, Pusat Dagangan Kelana Mas, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Tel.         : 04-966 5432

Website : http://www.sze.enetmyne.com

Email     : shadow_runner83@yahoo.com

 

KELANTAN

 

N TOUCH TRADE & N BRIDE CENTRE

Alamat   : 3816GF Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Tel.         : 09-7437729

Fax          : 09-7437729

Email     : nbridecentre@yahoo.com